Friday, December 25, 2009

lme x berupdate......

salam. lama ssunguh ku rase tidak berupdate nieh...disebabkan kesuntukan masa dan lebih2 lagi imtihan nisfu 3am dirasi(exam semester pertama) bakal menjelma pada 23 jan 2009...dan sejak kebelakangan ini line internet jarang pula dapat..dan sebab2 inilah menyebabkanku lama tidak brupdate...ak terbaca buku karangan ustaz zaharuddin yang berjudul(untuk mu umat )...mengatakan kita perlu menjadikan internet sebagai medan dakwah dan ilmu...bak kata assyeikh habib omar...zaman sekarang perlu kepada teknologi internet sebagai medium untuk melebarkan ilmu2 islam dan dakwah.
berbalik pada citer tadi...ku sebenarnya banyak post2 yang ingin dipostkan...namun disebabkan sebab diatas melumpuhkanku,,,hehe2...allahumma yusahiluni yallah..

alhamdulilah hampir 3 bulan ak berada di bumi mesir nie.....bermcam2 khibrah pengalaman yang dapat...yang pahit masin manis payau kelat semua ade....namun ape yang penting ak bersyukur kepada Allah kerana ditakdikan menuntut ilmu di perlembahan nil ini....yang kaya dengan sejuta ilmu2 yang tidak ternilai harga nya

alhamdulililah ak bertalaqqi dengan alhabib omar bin allamah alhabib zain ...ulama muda yang banyak ilmunya...dengan bahasa arab fusha yang mudah difahami menyebabkan minatku kepada ulama yaman ini...

dan dimasa yang sama ...ak melazimkan diriku dengan menghadiri pengajian bahasa arab(nahu dan sarf kafi) di markaz jannatul ma'wa bersama pengarang buku nahu dan sarf kafi...seorang yang hebat dan mantap..ustaz dr aiman abdul ghani...banyak pengetahuan dan perkara baru yang ak dapat....alahmdulilah..


dan tidak juga guru2 pensyarah di universiti al azhar ...semuanya mantop2 dan pakar serta bukan calang orang..dan himmah mereka sungguh tinggi dalam menyampaikan ilmu...


dan insyallah pada 23 jan 2010 akan bermula imithan nisfu 3am dirasi,,,
4 maharat(kitabah .istima'.qiraah dan muhadasah)...doakan kami berjaya,,,insyallah..\




bersama dengan habib umar...



bersama habib yusuf..

Friday, November 27, 2009

kullu a3meen waenta bikheir.....selamat hari raya aidiladha...

salam...dikesempatan ini ingin ku ucapkan slamat hari rye aidiladha..minal a3idin walfaizin...kullu a3meen waentum bikheir.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



daripadaku,
muhammad muzzammil bin abdullah,
cairo..


"akan menyusul...pengalaman beraya aidiladha di mesir

Thursday, November 12, 2009

apa siwak sebenarnye...?


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini




salam....kite sering memikirkan bahawa siwak tidak membawa ape2...namun kite tidak mengetahui apakah sir atau rahsia di sebalik bersiwak(bersugi)....mengapakah nabi muhammad s.a.w amat mementingkan sunnah bersiwak ini..

Islam memberikan sanjungan tinggi terhadap kebersihan, malah diangkat di kedudukan istimewa sehingga Nabi Muhammad s.a.w pernah menegaskan sebagai sebahagian daripada iman. Kebersihan dilihat melalui ibadat rutin harian seorang muslim yang bertitik tolak daripada amalan menyucikan diri melalui wuduk, kebersihan pakaian dan tempat ibadat. Nabi s.a.w menunjukkan isyarat penjagaan kebersihan merangkumi semua bidang, bermula dari tubuh badan baik rohani atau jasmani, sehingga pakaian, kediaman dan persekitaran, harus dipastikan bersih. Anggota luaran lebih-lebih lagi perlu diberikan perhatian dan dandanan kerana ia membentuk personaliti diri seseorang selain mengelak penyakit.

Saidatina Aishah r.a berkata yang bermaksud:
"Sepuluh perkara dikira sebagai fitrah (sunnah); memotong misai, memelihara janggut, bersugi, memasukkan air ke hidung, memotong kuku, membasuh sendi-sendi, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari, bersuci dengan air (beristinja)."
(Hadis riwayat Muslim)


Antara yang diberikan penekanan ialah kebersihan mulut dan gigi, kerana Rasulullah s.a.w ada menyatakan dalam sabda bermaksud:
"Jika tidak menyusahkan ke atas umatku, aku ingin menyuruh mereka melambatkan solat Isyak dan bersugi (menggosok) gigi setiap kali mereka hendak melakukan solat."
(Hadis riwayat Muslim)


Membersihkan mulut dan gigi atau bersugi, dalam bahasa Arabnya disebut siwak, sangatlah dianjurkan Islam, bahkan baginda menyatakan:
"Bersiwak itu menyucikan mulut, diredai Tuhan dan dibenci syaitan."

Siwak merujuk kepada dua pengertian iaitu perbuatan menggosok gigi dan membersihkan mulut serta alat atau kayu yang digunakan untuk menggosok gigi, dipanggil kayu siwak. Nabi s.a.w sendiri dilaporkan membersihkan gigi, paling kurang dua kali sehari. Imam Bukhari meriwayatkan daripada Abdullah bin Omar:
"Nabi bersiwak (menggosok gigi) pada permulaan siang dan akhirnya."


Namun, kebiasaannya Nabi s.a.w menggosok gigi berulang kali setiap hari. Sehubungan dengan ini, Amir bin Rabiah melaporkan:
"Aku melihat nabi menggosok gigi (berulang-ulang kali) sehingga aku tidak mampu menghitung jumlahnya ketika baginda berpuasa."
(Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmizi)


Ulama terkenal Arab Saudi, Syeikh M S Al-Munajjid, berkata Imam Nawawi dilaporkan ada menyatakan ulama bersependapat penggunaan siwak adalah satu sunnah. Menurutnya, satu lagi daripada bukti yang menunjukkan pentingnya amalan itu apabila sesetengah ulama salaf (silam) seperti Ishaq ibn Rahawayh, berpendapat ia kewajipan.

Siwak menurut kesepakatan ulama yang paling baik dengan ranting pokok arak, kerana baunya harum, malah seratnya sangat berkesan membersihkan sisa makanan di celah gigi. Jika ranting pokok arak tidak diperoleh, tangkai daun pokok palma atau ranting pokok zaitun boleh digunakan. Jika bahan itu tidak diperoleh, mana-mana bentuk kayu yang baik untuk membersihkan dan tidak mencederakan gigi boleh digunakan untuk membersihkan mulut. Ini termasuklah penggunaan berus gigi moden.

Pembersihan gigi dan mulut menggunakan kayu atau ranting dari pohon arak (salvadora persica) berlaku sejak berkurun yang lalu, kerana ia kaya dengan serat dan khasiat bagi kesihatan mulut dan gigi. Justeru itu, Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) dilaporkan mempromosikannya bagi kegunaan pembersihan mulut. Kajian mendapati kayu sugi daripada pohon arak mempunyai kelebihan secara semula jadi. Penyelidikan Dr Otaybi dari Arab Saudi membuka era baru terhadap kajian kayu terbabit, apabila menemui kesan sangat positif terhadap sistem kekebalan badan. Malah, penyelidik lain mendapati ia mempunyai kesan baik bagi kesihatan terutama dalam proses antiketagihan perokok, sama ada untuk tujuan penyembuhan atau pencegahan, selain bahan antiseptik, astringen, pencuci dan dan fluorida (bahan penghalang kerosakan dan kereputan gigi).

Amalan membersihkan mulut dan gigi menurut ulama sangat dituntut. Waktu melakukan siwak, iaitu:
1. Ketika mahu berwuduk dan mengerjakan solat.
2. Apabila memasuki rumah dan bersama keluarga. Aishah ketika ditanya tindakan pertama dilakukan Nabi s.a.w apabila tiba di rumah, beliau berkata:
"Apabila baginda memasuki rumah, perkara pertama yang baginda lakukan ialah siwak."
(Hadis riwayat Muslim)

3. Apabila bangun dari tidur.
Huzaifah ibn Al-Yaman r.a menyatakan apabila Nabi s.a.w bangun pada waktu malam, baginda membersihkan mulut dengan siwak secara sempurna.
(Hadis riwayat Al-Bukhari)

4. Apabila bau mulut seseorang berubah, sama ada disebabkan makan makanan yang berbau atau tidak makan dan minum dalam tempoh yang lama.
5. Ketika ke masjid. Penggunaan siwak sebahagian daripada dandanan yang sangat digalakkan bagi muslim pada setiap kali mendirikan solat. Ini sesuai dengan firman Allah dalam ayat 31, dari surah Al-A'raf, maksudnya:
"Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (sembahyang)."

6. Apabila membaca al-Quran dan mengikuti majlis tertentu khususnya majlis mengingati Allah.


Ulama bersependapat tiada salahnya menggunakan siwak pada siang hari apabila seseorang itu berpuasa, cuma mereka berbeza pada waktu tengah hari, dengan sesetengahnya mengatakan makruh. Di kalangan ulama juga ada perbezaan pendapat mengenai penggunaan tangan untuk bersiwak. Satu pendapat, iaitu majoriti ulama berpendapat lebih baik melakukannya dengan tangan kanan. Ini sesuai dengan hadis Aisyah r.a yang menyatakan:
"Nabi s.a.w gemar memulakan dengan yang kanan apabila memakai kasut, turun (dari untanya), apabila membersihkan diri dan dalam semua perkara."


Mereka juga menyatakan siwak adalah satu perkara daripada ibadat yang mendekatkan seseorang terhadap Allah, jadi tidak sepatutnya dilakukan dengan tangan kiri. Ulama lain berpendapat ia baik dilakukan dengan tangan kiri. Pendapat ini dikatakan daripada mazhab Imam Ahmad dan pandangan ini disokong Syeikh Al-Islam Ibn Taimiyah. Sesetengah ulama berpendapat, apabila seseorang menggunakan siwak dengan niat mengikuti sunnah, dia sepatutnya melakukan dengan tangan kanan dan jika untuk menghilangkan kekotoran, sepatutnya dengan tangan kiri.

Berdasarkan isyarat daripada al-Quran dan penegasan Nabi s.a.w, ditambah dengan perbincangan ulama dan kajian pakar perubatan jelas menunjukkan persoalan ini bukan lagi sesuatu yang boleh dipandang ringan.


(dipetik dari petikan rencana mengenai sunnah bersiwak)

insyallah walaupun kite nie malas nak beli kayu sugi memadailah dengan berus gigi..namun seafdalnya kayu sugi ...
dan ini menunjukkan bahawa islam itu syumul dan sempurna....apa yang difardukan dan disuruh serta disunnatkan mempunyai fadaiill yang cukup besar dalam membentuk muslim sejati,,,

insyallah...same2 la kite memperjuangkan sunnah rasullah s.aw......beruntunglah barangsiapa dirinya disinari dengan sunnah rasullah.......allahumma jaa3alna mithla minhum....amieen.....

Tuesday, October 20, 2009

Kehidupan sebenar seorang penuntut ilmu

salam...alhamdulilah sepanjang hampir sebulan ana berada di bumi mesir yang dikenali sebagai ardu kinanah dan ardu anbia serta juga ummu dunnia.,ana baru merasakan apakah kehidupan sebenar bagi penuntut ilmu.alhamdulilah bumi mesir ini kaya dengan pengajian ilmu dan talaqqi bersama masyaikh alazhar dan para ulama' yang sungguh hebat lagi mantap ..di sinilah kite belajar bagaimana hendak menjadi seorang yang penuntut ilmu yang sebenarya..lebih2 lagi pelajar al-azhar..apakah matlamat kite,?adakah sekadar lulus periksa dan mendapat syahadah atau sebaliknya...alhamdulilah kelas pengajian talaqqi setiap hari berada di mana-mana di mesir..masyallah...ak pun xdapat mangikuti ..bahkan kalau disini merupakan cabaran bagi seorang pelajar untuk bertalaqqi ..dengan kelaparan dan kepenatan serta kesesakkan lalu lintas di mesir ini sungguh memberikan sejuta dugaan kepada tholib ilmu...firman allah yang mafhumnya allah akan mengangkat darjat orang yang menuntut ilmu.didalam hadis rasullah banyak menyebut tentang fadilat ilmu yang sungguh banyak disisi allah s.w,t..barangsiaps yang keluar menuntut ilmu maka die seolah2 berjihad dijalan allah selagimana keadaanya menuntut ilmu...
fakkir lahzatan.



bersama SHEIKH FATHI HIJAZI(banyak mengarang kitab syarah khususnya kitab nahu yang muktabar )


masjid alazhar,kiblat ilmu



talaqqi alquran




Sheikh Ahmad Hajain(merupakan ulama' hadis serta feqah dan merupakan anak murid kepada sheikh ali jumaah,mufti diyar mesir)

RUMAH TERBUKA AMANAH RAYA

alhamdulilah...selepas perasmian rumah amanah raya,amanah raya sekali lagi menganjurkan rumah terbuka amanah raya di malaysian hall(arma di abbasiyah) pada 10 ogos 2009...alhamduliah dapat gak rasenye beraya di negeri orang...ha3...da macam malaysia pulak..tapi yang sedihnya xde plak makanan malaysia pulak..xde lomang dan ketupat ...xpe2 kek mesir nie xde buluh..dan kalau orang mesir tidak menyambut hari raya semeriah malaysia yang beraya sakan 30 hari...dan suasana raya sungguh berbeza..hanya solat sunat hari raya sahaja..
ala kullihal kullu ameen waenta toib..minal a3idin walfaizin..taqballahumma minna waminkum..





perasmian rumah amanah raya

alhamdulilah ..pada 7oktober 2009 akhirya Rumah Amanah Raya dirasmikan dengan jayanya oleh Menteri di jabatan perdana menteri,Dato' Nazri Bin Abdul Aziz ..semua tetamu termasuk pengerusi amanah raya serta pegawai amanah raya dan wakil-wakil pegawai rumah negeri hadir semasa majlis perasmian..





Tuesday, October 6, 2009

alhamdulilah....wasoltu ila misr...(sampai gak kek mosir nie)

salam...ana mutaassif giddan lme da x berupdate blog nie..alfu syukr..alhamdulilah sampai jugak ke bumi mesir yang terkenal dengan ardhu kinanah..dan juga dikenali sebagai ummi dunnia..(ibu segala negara bagi orang arab) kerana mesir ini merupakan tempat yang begitu mashyur dikalangan arab.rase macam tak percaya pun ada..namun ape yang penting ialah ak bersyukur ditakdirkan disini...alhamdulilah ak sampi pada pukul 6.50 pg di lapangan terbang kaherah terminal 3 tu,yang merupakan lapangan terbaru mesir syukur lagi..seterusnya kami ke Rumah Amanah Malaysia yang terletak di madinah alnasr,hayyu sabiek..berdekatan juga dengan lapangan terbang ...dan di rumah ini juga terletak di syari3 altoiran(jalan kapal terbang)..dan rumah yang ku duduki cukup ekslusif(orang kate la tapi ade btul gak tuhh),cukup kemudahan dan infrastruktur...dan insyallah pada 7/10/2009,pak menteri akan datang untuk merasmikan rumah ini...kire hbat jugak tuhh..alhamdulilah..syukur kepada mu allah,keranamu ku ditakdirkan di sini bagi mencedok ilmu2 yang begitu luas dan banyak di perlembahan nil nie...disini dapat kite lihat perbezaan antara malaysia dan mesir..cuacanya agak panas kering,namun beringin,insyallah akhir bulan 10 nieh,musim sejuk(asyita')bakal menyengat di bumi mesir nieh,dan di mesir ini jugak sangat membudayakan alquran didalam hidup mereka,hatta pemandu bas dan teksi,ak lihat setiap kereta teksi akan ada nashkah alquran.dan kebanyakkan mereka huffaz(hafiz alquran)pernah ku ditanya oleh pak arab "kam min juz in enta tahfaz?"malu hendak den nak jawab nie...Dan sini orang2 arab mesir sangat menghormati pelajar2 malaysia lebih-lebih lagi pelajar al_azhar,acap kali ak dengar orang mesir mengatakan"al malizi ahsan annas"malizi annas toiibun"(orang-orang malaysia merupakan orang yang terbaik)..walaupun kite lihat mesir nie tidaklah maju seperti malaysia namun budaya dan muamalah ak rasa lebih baik berbanding malaysia,acap kali kite akan dengar budaya salam walaupun tidak dikenali dan ucapan2 yang baik semasa kite bermuamalah dengan mereka..Dan mesir nie memang terkenal dengan universiti yang tertua di dunnia ..alazhar assyarif,universiti yang terlalu banyak melahirkan ulama' yang mantop dan hebat..kebanyakkan ulama' pada masa sekarang merupakan juga keluaran al azhar..pusat yang kaya serta hebat dengan ulama' serta ilmu2nya...dan merupakan pusat pendidikan serta pentarbiahan yang terhebat di zaman ini...dan mesir juga merupakan kaya dengan kelas2 ilmu,talaqqi bersama ulama' yang terdapat di seluruh tempat..masyallah alim ulama' disni memang sungguh ramai dan mantop.,ak ni ha yang hina lagi miskin...alhamdulilah ak sudah dapat memahami cara kehidupan arab disini.khususnya bahasa ammi yang penting untuk muamalah..nak beli barang,naik teksi ,beli asir(jus)...pada permualan memang kaku nak memahami bahasa pasar mereka yang cukup2 pekat..insyallah sikit2 lame2 jadi bukit..almiftahnye(kuncinya ialah kene sering bermuamalah dengan orang arab disini)..dan insyallah pada 10/10/2009 kuliah ku bakal bermula berdekatan dengan rumah ku...di hayyu sadis berdekatan dengan kuliah banat universiti al azhar assyarif,wat waktu sekarang tempat kuliah ku menumpang di kuliah dirasat islamiyah sementara menuggu pembinaan bangunaan baru siap..insyallah...ala kulli hal doakan ku semoga najah disini..insyallah lepas nie kene rajin dan mujahadah untuk mengghadiri kuliah dan kelas talaqqi bersama ulama.."RABBI YASSIR WALA TUASSIR YA KARIM"ALLAHUMMA UFTAH ALAINA FUTUH AL ARIFFIN,WARZUKNA FAHMAN NABIIN.WALILHAMAN MALAIKATAL MUQARABBIN""AMMEN....insyallah...ha ni ade sikit foto sepanjang ketibaan ku di mesir..



da sampai di lapangan terbang cairo ,mesir terminal 3(yang baru 2)



bru sampai...

ape nie..?



sekitar bilikku



di masjid alazhar


Masjid al-azhar


batch amanah raya berhad



RUMAH AMANAH RAYA BERHAD




Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Saturday, September 19, 2009

salam perpisahan buat ramadhan dan salam aidilfitri


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Salam...agakya sudah lama ku tidak berupdate blog nieh.klu x update x besh la blog nieh.lagipun sekarang tgh sibuk memacking barang-barang keperluan ke dalam beg bagasiku nieh.takut gak kalau terlebih berat atau terkurang..hehe..kalau terkurang tak pe..bleh tambah dengan rempah yg beratus-ratus nieh..lgpn sekarang nie tgh membilang hari hendak beredar dari bumi malaysia yg mmg sugguh kucintai nie..kalau sekarang tinggal 5 hari je nieh..hehe..terasa sungguh sekejap ,,tau2 da bosar da budak nie..tau2 da berhenti sekolah..tau2 dapat pergi ke al azhar..pergh kalau direnungkan memang sebentar saja masa nieh..seperti kata hikam alwaktu kal zihab(waktu itu seperti emas )sobab ape ?cube korang teka..apa pasal waktu nie mahal ..kalau boleh buat duit kan boleh...sonang den nie ha..x payah nak keje..jual waktu je..kan mahal..namun ape yang penting kullu wakt muhimun lukulli nafs..kalau nak cite pasal waktu da panjang lebar..blum cite len lagi..
haha..ini bru betoi...ramadhan yang kian berlalu...hari ni da msuk 29 ramadhan..rse kejap shj.tgk2 da umum kat tv.(raya disytiharkan ary ahad)..sungguhpun begitu(mcm ayat karangan plak) apakah natijah selepas kite menamatkan ibadah puase nie..?ade perubahan ke tidak..?ke samo je..?ke da berubah?namun ak nie merasakan banyak lubang2 yang tercipta dikala bulan ramadhan nie..banyak na dosa yang dibwat atau x sengaja atau mmg saje2 nak buat...adakah korang nie melepasi 3 peringkat puasa arrahmah wal maghfirah wa 3kun minnal alnar..
dan ulama pernah menakalkan bahawa sesia la hidup seseorang itu jikalau die xdapat malam lailatul qadr...cube korang fikirkan 63 taun hidup tetapi tidak mengecapi malam lailatul qadr..btol gak kata2 tuh...tapi ak nie pon same je.ntah2 lagi teruk.nauzubillah min zalik.hehe...apepun ia terpulang kepada diri kite nieh..adkah kite memanfaatkan atau menghancurkannya...pikiaq2 tol2

dan di masa ini ingin ku memohon sejuta-juta kemaafan kepada semua dikalau diri ku ini terkasar bahasa ,terpukul(hehe),terampas(ambik barang kat asrama lg2 bahan2 yang cukup menyelerakan),tertidur (time kelas ustaz n ustzah),termalas(malas nak gotong royong la 2)dan macam2 la ter2 2...hehe..itu yang x sengaja dan yang sengaja ku lakukan...klu terhutang ker mintak halal la ...(xpe klu nak leh datang umah smntara ade kat malaysia)..ala kluli hal mintak dimaafi dan jangan disimpan dan dipendam dalam hati tu..kan meletop..x dapek den nak nolong de
ak khusukan ucpan raya ni kepada

1)para asatizah yang ku rindui di maahad ahmadi...semuanya...jasa dan pengorbanan mu tidak dpat ku balasi...ku mohon kemaafan jikalau insan yang hina pernah melukai dirimu semua...ustazah khairah,ustaz idris,ustaz nasir,ustaz khedr,ustaz mohammad,ustaz mohamad aspari,ustaz fuad,ustazah norlia,ustaz taufiq,ustaz fauzi,cikgu yunus,ustazah ismariah,ustaz adnan dan semua asatizah alaahibbak ..(xdpat nak tulih bnyk2)

2)para asdiqo' yang kasihi di maahad ahamdi dan yang da kuar gak(padahal benci tuhh..xdela) syukran lakum ala nasihatikum wa dua3ikum ....alaikum biatufiq wanagah fil stam...ak mintax maap dari hujung rambut smpi hujung kaki yo...klu ade hutang ker kire halal nye...
nie name membe2 yg xkan ku lupakan..
aziz,rahim,fadzil,fadzil kecek,(shukri,nazmi diowg da jordan),rifdi,rizal,acip,jerp,atok(kite poie samo2 ye tok),bro brahm,raouf,atoi,aji,hanafi,acapaini(apad n asyraf arshad),t-rex,mahadi(jordan),hilmi,k(dni owg perlis da nie..),solehuddin,zack,
arell,haiyan,joe,suhaimi,afi,amir(pupak elmaghribi),don haadi,sheikh hanan(dan kat indon)

prempuan nak sebut gak ker.?tulih yang ingat je la...muniratul,nad,raudhah,wajihah, dan smua yo...(jgn terasa lak ea)mlu la nak sebut smua..kan owg cakap kaki pempuan lak

ala kulli hal....kullu ammen waentum bikheir.........ana asiff giddan ala kullu khodaie wa muskilah minni..almuhim fi huna..ana uhibbukum awi-awi fillah...ukhwah fillah abadan abada..falmuhim fi huna ud3uuu li........alnagah fi misr ummi dunnia

3.kepada smua budak maahad gak yo...start drpd junior2 ku dan smua...den mintak ampun dan maap ...smua kosong2 ye ea...xde bernombor..halalayan thoiyiban...

4.kepada rakan2 ku di sekolah lme ...klu yang kenal la..klu x kenal xpe..doakan ak nieh...n ak mohon kemaafan sepanjang mengenali diriku ini terdapat kesilapan dan kesalahan

5.dan yang penting nieh ..wat ummi ku yang tersayang...ku mohon sejuta kemaafan andai diriku ini banyak melakukan kesalahan disepanjang ku bernafas di alam ini...ampun dan maaf dari hujung rambut ke hujung kaki..pengorbananmu dan jasamu tidak dapat ku blasi..

kepada walidku yang ku sayangi...ku mohon ampun dan maap andai diriku ini gagal menjalankan tugas sebagai seorang anak dengan baik...jasa dan pengorbananmu tidak dpat ku kira dan dibalasi...ampun dariku dari hujung rambut ke hujung kaki

kepada my bro:along ,angah dan ablang ,izzul ,syakirah ,ridhuan n imran ku mohon sejuta kemaafan andail diri ku terdapat salah dan silap...kosong2 nye...hehe



4.dan kepada semua yng kenal ak nieh..klu x kenal wat2 kenal nanti leh ak kenalkan..

apepun slamt hari raya aidilfitri maap secara zahir dan batin yo...kullu ammen waenta bikhier..kullu sanah weenta taib,,,



(time jamuan)






daripadaku ...insan yang hina lagi fakir disisi allah..


MUHAMMAD MUZZAMMIL BIN ABDULLAH AL MALABARY





Wednesday, September 9, 2009

egypt.....i'm coming...

salam...alhamdulilah.Fasa kedua ramadhan bakal meninggalkan kite.apakah kite sudah pasti kite akan mendapat keampuanan daripada rabbul jalil.?apakah kite sudah merasakan kenikmatan kite melakukan ibadat pose?apakah kite sedang sibuk membeli belah pada malam ramadhann?dan apakah semua ini..?persoalan2 ini mungkin termuncul di benak otak kite.?dimana mauqif kite?

Ramadhan penghapus dosa sebelumnya. Daripada iSa'id Al-Khudri bahawa sesungguhnya Nabi s.a.w. bersabda :
"Barangsiapa berpuasa Ramadhan dan dia mengetahui batasan-batasannya dan dia memelihara apa-apa yang sepatutnya dia pelihara, nescaya puasanya itu menghapuskan dosa-dosanya sebelumnya."
( H.R. Ahmad dan Al-Baihaqi dengan sanad yang baik )

Dari Anas r.a berkata, telah masuk bulan Ramadhan lalu Rasulullah s.a.w. bersabda:

“ Sesungguhnya bulan ini telah datang kepada kamu. Didalamnya terdapat satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan, sesiapa yang terlepas daripadanya maka dia telah terlepas daripada segala kebaikan dan tidaklah terlepas daripada kebaikannya kecuali dia yang benar-benar rugi ”.

kalau kite lihat dan tengok (bkan sekadar tengok tapi kne amal da)didalam bulan yg dikatekan bulan umat islam kelebihan dan fadhilat yg kite pun tidak dapat terfikirkan.dan kite juga bakal menghadapi fasa yg terakhir fasa yg mana ditunngu oleh kite (bukan fasa nk dkat raye ye)pelepasan daripada api neraka.ak minta maap x bg hadis sepenuhya ye korang smua mesti tau.kalau x tahu mmg la korang nie.di fasa ini 10 malam yg terakhir yang merupakan didalamnya malam lailatul alqadr..lailatul qadr khoirul min alfi shahr..malam yg mane lebih baik ,lebih.afdal,lebih bermakne dab lebih2 lagi seribu bulan.woww..kalau orang kafir dga mcm nie mesti trkejut beruk pnye.knp x caye ker..?btoi la?bersamaan ngan 83tahun dan ade la bape bulan x tau tolong kire ye.namun ape yang penting apakah usaha dan amalan kite.?kite bukan sekadar bercerita pasal amalan tapi ape yang penting adakah sikap dan akhlak kite is changed.?apakah bulan ramadhan ini boleh mengubah akhlak kite untuk menghadapi bulan2 seterusnya..?ketuk2 cikit kepala 2 .tnye diri kite 2..
haha..sekadar renungan buat kite yang hina lg papa kedana disisi allah
ni bru nak citer kat korang semua nie .insyallah...hati da berdebar-debar nie.nak pergi mesir la katekan..barang2 pown ade la ckit beli.namun ape yang penting mentajdid niat..purgh kat mesir 2 ana dengar mcm2 ade ..complete sejahat2 firaun pun ade .yela kat sne kan firaun duduk dan bersemadi kat tempat awet,jasad yang tidak diterime oleh Allah..
apepun doakan ana ..syukran jazilan khususnya untuk asatizah alahibbak di maahad ahmadi jasa mu tidak terbalas dalam mentarbiah diriku ini yg walaupun ak sering tidak menyempurnakan tugas mu dengan sempurna..segala ilmu,pengalaman mahupun nasihat tidakkan ak lupe.khususnya ust abdul rahim,ust idris,ust nasir,ustazah khairah,ustazah norliah,ust adnan,cikgu saiful,cikgu yunus,ust fauzi ust mohamad,ust khedr dan semua guru,(sebenarnya nak tulis smua tp x cukup)tanpa guru sape la ak nie
mgkin x jd manusia kut..



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Wednesday, September 2, 2009

alhamdulilah...flight da konpem


salam..lame jugak x berblog...haha..alhamdulilah sekarang sudah masuk fasa yangg kedua dalam bulan ramadhan iaitu magfirah...rugi la manusia yang tidak mahu merebut peluang nie...ak tengok pada waktu sekarang masjid dan surau sudah mula dilesapi hari demi hari oleh lautan manusia pada awal ramadhannya ramai bagai sembahyang raya..hehe..dan ini merupakan sikap umat islam sekarang dimana umat islam tidak memandang endah tentang solat..kite sudah lupa bahawa solat itu merupakan doa.kalau kite renungkan bahawa sebenarnya kite patut sudah berlumba-lumba bagi meningkatkan lagi amalan kite lebih-lebih lagi di bulan ramadhan.kalau kite singkap apabila kite melakukan amalan fardu nescaya Allah akan meningkatkan pahalanye berlipat2 kali ganda.begitu juga apabila kite melakukan ibadat sunat insyallah kite dapat pahala seperti pahala fardhu.Masyallah...subhanallah Banyak btul ganjaran yang diberikan oleh Allah.Untuk bulan umatnye nabi berkata dalam hadis qudsi assiam li waajri bi.puasa adalah untuku maka akulah yang akan meberikan ganjaran kepada setiap manusia..kalau kite lihat bahawa allah sahajalah yang menentukan sejauh mane tahap atau mustawa kite sewaktu di bulan ramadham al kareem.Ana ade mendengar satu tazkirah drp seorang ustz.Kite singkap mengapa puasa ini difardhukan sebanyak 30 hari?tidak 10 hari dan tidak sehari?mengapa?kalau kite kaji btul2 bahawa ahli psikologi mengatakan bahawa tempoh 30 hari merupakan waktu yg sesuai dan ideal untuk kite mengistiqamahkan sesuatu perbuatan.Contohnya solat secara berjamaah.Jikalau kite tidak pernah meninggalkan solat berjamaah didalam bulan puasa tamam 30 hari.maka insyallah dibulan akan datng,di hari mendatang kite sudah akan terbiase dan akan menjadi perbuatan harian kite.jikalau kite terlepas ataupun tidak melakukan perbuatan tersebut kite akan terasa semacam ade perasaan bersalah didalam hati kite.
sedikit tazkirah.hehe,,,harap ambil iktibar.nie bru nak cite btul....alhamdulilah surat daripada amanah raya sudah sampi..tarikh penerbangan sudah ditetapkan...alhamdulilah...dapat pada 23sept2oo9 berasmaan raya keempat pukul 11.45 malam..bleh la raye kat sinie..hehe..syukur alhamdulilah.selepas nie nak kene bli barang la plak nie bru je bli sikit.spe yg ade cdgn leh kemukakan...haha..nie ade satu
baru td antar budak selangor ke mesir.2 sept2009 hari rabu..antar abg botak,sya',muhaimin ,kucai,ejat n ko.insyallah mungkin hari jumaat sampi sebab diorang transit di bahrain sehari.bez lak plak 2..ak plak dapat egypt air.transit kat mumbai.lpas nie giliran ak plak..ni ade gamba diowg



yg dalam gamba(syak,abg botak,muhaimin,izat salleh,ko,kucai)



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Monday, August 31, 2009

hari merdeka..????


hari ini cukup la malaysia berusia 52 taun merdeka dri penjajah...saban taun demi taun seluruh rakyat malaysia akan menyambut hari merdeka ini...ak terfikir adkah kite smate mte merayakan hari merdeka sahaja..?smlm ak ngn seorang sohibi karib ku melihat kebanyakan anak2 muda ...golongan syabab berpacaran di klccc dan bkt bntg(tau2 je la tmpt 2)...lbih2 lg bln nie mrpakn blan ramadhan yg mulia...dicemari ngan aksi2 n kelakuan2 merka...adakah ini sambutan yg kite nakkan...kite boleh membuat sejuta perarakan n sambutan namun ape yg penting adakah minda kite merdeka...nilai2 islam sudah diketerbelakangkan seolah2 dianngap ganjil oleh sahabt2 kite skang...mcm mne kite nak menegakkan daulah islamiyah jikalau diri kiter pown tidak dislahkan...seprti sabda rasullah saw...hubbu watan minnal iman...cintakan negara adalah merupakan separuh daripada iman....


tepuk kple tnye otak kite ....

slmat hari merdeka...

Ibunda Abu Hurairah Masuk Islam


Semenjak ia menganut Islam tak ada yang memberatkan dan menekan perasaan Abu Hurairah dari berbagai persoalan hidupnya ini, kecuali satu masalah yang hampir menyebabkannya tak dapat memejamkan mata. Masalah itu ialah mengenai ibunya, karena waktu itu ia menolak untuk masuk Islam. Bukan hanya sampai di sana saja, bahkan ia menyakitkan perasaannya dengan menjelek-jelekkan Rasulullah di depannya.

Pada suatu hari ibunya itu kembali mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan bagi Abu Hurairah tentang Rasulullah saw, hingga ia tak dapat menahan tangisnya dikarenakan sedihnya, lalu ia pergi ke mesjid Rasul. Marilah kita dengarkan ia menceritakan lanjutan berita kejadian itu sebagai berikut:


Sambil menangis aku datang kepada Rasulullah, lalu kataku: --''Ya Rasulallah, aku telah meminta ibuku masuk Islam, Ajaranku itu ditolaknya, dan hari ini aku pun baru saja, memintanya masuk Islam. Sebagai jawaban ia malah mengeluarkan kata-kata yang tak kusukai terhadap diri Anda. Karenanya mohon anda do'akan kepada Allah kiranya ibuku itu ditunjuki-Nya kepada Islam.."

Maka Rasulullah saw berdo'a: "Ya Allah tunjukilah ibu Abu Hurairah!"


Aku pun berlari mendapatkan ibuku untuk menyampaikan kabar gembira tentang do'a Rasulullah itu. Sewaktu sampai di muka pintu, kudapati pintu itu terkunci. Dari luar kedengaran bunyi gemercik air, dan suara ibu memanggilku: "Hai Abu Hurairah, tunggulah ditempatmu itu!"

Di waktu ibu keluar ia memakai baju kurungnya, dan membalutkan selendangnya sambil mengucapkan: "Asyhadu alla ilaha illallah, wa asyhadu anna Muhammadan 'abduhu wa Rasuluh."


Aku pun segera berlari menemui Rasulullah saw sambil menangis karena gembira, sebagaimana dahulu aku menangis karena berduka, dan kataku padanya: "Kusampaikan kabar suka ya Rasulallah, bahwa Allah telah mengabulkan do'a anda, Allah telah menunjuki ibuku ke dalam Islam." Kemudian kataku pula: "Ya Rasulallah, mohon anda do'akan kepada Allah, agar aku dan ibuku dikasihi oleh orang-orang Mu'min, baik laki-laki maupun perempuan!" Maka Rasul berdo'a: "Ya Allah, mohon engkau jadikan hambu-Mu ini beserta ibunya dikasihi oleh sekalian orang-orang Mumin, laki-laki dan perempuan!"


Akrab Dengan Kemiskinan
Karena keinginannya memusatkan perhatian untuk menyertai Rasul saw ia pernah menderita kepedihan lapar yang jarang diderita orang lain. Dan pernah ia menceritakan kepada kita bagaimana rasa lapar telah menggigit-gigit perutnya, maka diikatkannya batu dengan surbannya ke perutnya dan ditekannya ulu hatinya dengan kedua tangannya, lalu terjatuhlah ia di mesjid rambil menggeliat-geliat kesakitan hingga sebagian sahabat menyangkanya ayan, padahal sama sekali bukan!


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Suatu kali, dengan masih mengikatkan batu ke perutnya, dia duduk di pinggir jalan, tempat orang biasanya berlalu lalang. Dilihatnya Abu Bakr melintas. Lalu dia minta dibacakan satu ayat Al-Quran. "Aku bertanya begitu supaya dia mengajakku ikut, memberiku pekerjaan," tutur Abu Hurairah. Tapi Abu Bakr cuma membacakan ayat, lantas berlalu.

Dilihatnya Umar ibn Khattab. "Tolong ajari aku ayat Al-Quran," kata Abu Hurairah. Kembali ia harus menelan ludah kekecewaan karena Umar berbuat hal yang sama.

Tak lama kemudian Nabi lewat. Nabi tersenyum. "Beliau tahu apa isi hati saya. Beliau bisa membaca raut muka saya secara tepat," tutur Abu Hurairah.

"Ya Aba Hurairah!" panggil Nabi.

"Labbaik, ya Rasulullah!"

"Ikutlah aku!"

Beliau mengajak Abu Hurairah ke rumahnya. Di dalam rumah didapati sebaskom susu. "Dari mana susu ini?" tanya Rasulullah. Beliau diberi tahu bahwa seseorang telah memberikan susu itu.

"Ya Aba Hurairah!"

"Labbaik, Ya Rasulullah!"

"Tolong panggilkan ahli shuffah," kata Nabi. Susu tadi lalu dibagikan kepada ahli shuffah, termasuk Abu Hurairah. Sejak itulah, Abu Hurairah mengabdi kepada Rasulullah, bergabung dengan ahli shuffah di pondokan masjid.

Sepulang dari Perang Khaibar, Nabi melakukan perluasan terhadap Masjid Nabawi, yaitu ke arah barat dengan menambah tiga pilar lagi. Abu Hurairah terlibat pula dalam renovasi ini. Ketika dilihatnya Nabi turut mengangkat batu, ia meminta agar beliau menyerahkan batu itu kepadanya. Nabi menolak seraya bersabda, "Tiada kehidupan sebenarnya, melainkan kehidupan akhirat."

Dari Buruh Menjadi Majikan
Abu Hurairah sangat mencintai Nabi. Sampai-sampai dia memilih dipukul Nabi karena melakukan kekeliruan ketimbang mendapatkan makanan yang enak. "Karena Nabi menjanjikan akan memberi syafaat kepada orang yang pernah merasa disakitinya secara sengaja atau tidak," katanya.


Begitu cintanya kepada Rasulullah sehingga siapa pun yang dicintai Nabi, ia ikut mencintainya. Misalnya, ia suka mencium Hasan dan Husain, karena melihat Rasulullah mencium kedua cucunya itu.

Ada cerita menarik menyangkut kehidupan Abu Hurairah dan masyarakat Islam zaman itu. Meski Abu Hurairah seorang papa, boleh dibilang tuna wisma, salah seorang majikannya yang lumayan kaya menikahkan putrinya, Bisrah binti Gazwan, dengan lelaki itu. Ini menunjukkan betapa Islam telah mengubah persepsi orang dari membedakan kelas kepada persamaan. Abu Hurairah dipandang mulia karena kealiman dan kesalihannya. Perilaku islami telah memuliakannya, lebih dari kemuliaan pada masa jahiliah yang memandang kebangsawanan dan kekayaan sebagai ukuran kemuliaan.


Sejak menikah, Abu Hurairah membagi malamnya atas tiga bagian: untuk membaca Al-Quran, untuk tidur dan keluarga, dan untuk mengulang-ulang hadis. Ia dan keluarganya meskipun kemudian menjadi orang berada tetap hidup sederhana. Ia suka bersedekah, menjamu tamu, bahkan menyedekahkan rumahnya di Madinah untuk pembantu-pembantuny a.

Tugas penting pernah diembannya dari Rasulullah. Yaitu ketika ia bersama Al-Ala ibn Abdillah Al-Hadrami diutus berdakwah ke Bahrain. Belakangan, ia juga bersama Quddamah diutus menarik jizyah (pajak) ke Bahrain, sambil membawa surat ke Amir Al-Munzir ibn Sawa At-Tamimi.


Abu Hurairah, Amir Bahrain
Abu Hurairah hidup sebagai seorang ahli ibadah dan seorang mujahid, tak pernah ia ketinggalan dalam perang, dan tidak pula dari ibadat. Di zaman Umar bin Khatthab ia diangkat sebagai Amir untuk daerah Bahrain, sedang Umar sebagaimana kita ketahui adalah seorang yang sangat keras dan teliti terhadap pejabat-pejabat yang diangkatnya. Apabila ia mengangkat seseorang sedang ia mempunyai dua pasang pakaian maka sewaktu meninggalkan jabatannya nanti haruslah orang itu hanya mempunyai dua pasang pakaian juga. malah lebih utama kalau ia hanya memiliki satu pasang saja! Apabila waktu meninggalkan jabatan itu terdapat tanda-tanda kekayaan, maka ia takkan luput dari interogasi Umar, sekalipun kekayaan itu berasal dari jalan halal yang dibolehkan syara'! Suatu dunia lain, yang diisi oleh Umar dengan hal-hal luar biasa dan mengagumkan. Rupanya sewaktu Abu Hurairah memangku jabatan sebagai kepala daerah Bahrain ia telah menyimpan harta yang berasal dari sumber yang halal. Hal ini diketahui oleh Umar, maka iapun dipanggilnya datang ke Madinah. Dan mari kita dengarkan Abu Hurairah, memaparkan soal jawab ketus yang berlangsung antaranya dengan Amirul Mu'minin Umar: -- Kata Umar: - "Hai musuh Allah dan musuh kitab-Nya, apa engkau telah mencuri harta Allah?' Jawabku; "Aku bukan musuh Allah dan tidak pula musuh kitab-Nya, hanya aku menjadi musuh orang yang memusuhi keduanya dan aku bukanlah orang yang mencuri harta Allah!'- Dari mana kau peroleh sepuluh ribu itu? -- Kuda kepunyaanku beranak-pinak dan pemberian orang berdatangan. Kembalikan harta itu ke perbendaharaan negara (baitul maal)!

Abu Hurairah menyerahkan hartanya itu kepada Umar, kemudian ia mengangkat tangannya ke arah langit sambil berdo'a: "Ya Allah, ampunilah Amirul Mu'minin."


Tak selang beberapa lamanya. Umar memanggil Abu Hurairah kembali dan menawarkan jabatan kepadanya di wilayah baru. Tapi ditolaknya dan dimintanya maaf karena tak dapat menerimanya. Kata Umar kepadanya: -- "Kenapa, apa sebabnya?"

Abu Hurairah mengemukakan lima alasan, "Agar kehormatanku tidak sampai tercela, hartaku tidak dirampas, punggungku tidak dipukul, aku takut menghukum tanpa ilmu, dan bicara tanpa belas kasih!" Ia memilih tinggal di Madinah, menjadi warga biasa yang memperlihatkan kesetiaan kepada Umar, dan para pemimpin sesudahnya.


Tatkala kediaman Amirul Mukminin Ustman ibn Affan dikepung pemberontak, dalam peristiwa yang dikenal sebagai al-fitnatul kubra (bencana besar), Abu Hurairah bersama 700 orang Muhajirin dan Anshar tampil mengawal rumah tersebut. Meski dalam posisi siap tempur, Khalifah melarang pengikut setianya itu memerangi kaum pemberontak.

Pada masa Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib, Abu Hurairah ditawari menjadi gubernur di Madinah. Ia menolak. Ketika terjadi pertemuan antara Khalifah Ali dan lawannya, Muawiyah ibn Abi Sufyan, ia bersikap netral dan menghindari fitnah. Sampai kemudian Muawiyah berkuasa, Abu Hurairah bersedia menjadi gubernur di Madinah. Tapi versi lain mengatakan, Marwan ibn Hakamlah yang menunjuk Abu Hurairah sebagai pembantunya di kantor gebernuran Madinah.


Akhir Hayat Abu Hurairah
Pada suatu hari sangatlah rindu Abu Hurairah hendak bertemu dengan Allah. Selagi orang-orang yang mengunjunginya mendo'akannya cepat sembuh dari sakitnya, ia sendiri berulang-ulang memohon kepada Allah dengan berkata: "Ya Allah, sesungguhnya aku telah sangat rindu hendak bertemu dengan-Mu. Semoga Engkau pun demikian!" Di Kota Penuh Cahaya (Al-Madinatul Munawwarah), ia mengembuskan nafas terakhir pada 57 atau 58 H. (676-678 M.) dalam usia 78 tahun. Meninggalkan warisan yang sangat berharga, yakni hadis-hadis Nabi, bak butiran-butiran ratna mutu manikam, yang jumlahnya 5.374 hadis.


Di sekeliling orang-orang shaleh penghuni pandam pekuburan Baqi', di tempat yang beroleh berkah, di sanalah jasadnya dibaringkan! Dan sementara orang-orang yang mengiringkan jenazahnya kembali dari pekuburan, mulut dan lidah mereka tiada henti-hentinya membaca Hadits yang disampaikan Abu Hurairah kepada mereka dari Rasul yang mulia.

Sunday, August 23, 2009

Hanya Kerana sebutir kurma




Selesai menunaikan ibadah haji, Ibrahim bin Adham berniat ziarah ke mesjidil Aqsa.

Untuk bekal di perjalanan, ia membeli 1 kg kurma dari pedagang tua di dekat mesjidil Haram.

Setelah kurma ditimbang dan dibungkus, Ibrahim melihat sebutir kurma tergeletak didekat timbangan. Menyangka kurma itu bagian dari yang ia beli, Ibrahim memungut dan memakannya.

Setelah itu ia langsung berangkat menuju Al Aqsa. 4 Bulan kemudian, Ibrahim tiba di Al Aqsa. Seperti biasa, ia suka memilih sebuah tempat beribadah pada sebuah ruangan dibawah kubah Sakhra. Ia shalat dan berdoa khusuk sekali. Tiba tiba ia mendengar
percakapan dua Malaikat tentang dirinya.

"Itu, Ibrahim bin Adham, ahli ibadah yang zuhud dan wara yang doanya selalu dikabulkan ALLAH SWT," kata malaikat yang satu.

"Tetapi sekarang tidak lagi. doanya ditolak karena 4 bulan yg lalu ia memakan sebutir kurma yang jatuh dari meja seorang pedagang tua di dekat mesjidil haram," jawab malaikat yang satu lagi.

Ibrahim bin adham terkejut sekali, ia terhenyak, jadi selama 4 bulan ini ibadahnya, shalatnya, doanya dan mungkin amalan-amalan lainnya tidak diterima oleh ALLAH SWT
gara-gara memakan sebutir kurma yang bukan haknya.

"Astaghfirullahal adzhim" Ibrahim beristighfar.

Ia langsung berkemas untuk berangkat lagi ke Mekkah menemui pedagang tua penjual kurma. Untuk meminta dihalalkan sebutir kurma yang telah ditelannya.

Begitu sampai di Mekkah ia langsung menuju tempat penjual kurma itu, tetapi ia tidak menemukan pedagang tua itu melainkan seorang anak muda. "4 bulan yang lalu saya
membeli kurma disini dari seorang pedagang tua. kemana ia sekarang ?" tanya Ibrahim.

"Sudah meninggal sebulan yang lalu, saya sekarang meneruskan pekerjaannya berdagang kurma" jawab anak muda itu.

"Innalillahi wa innailaihi roji'un, kalau begitu kepada siapa saya meminta penghalalan ?". Lantas ibrahim menceritakan peristiwa yg dialaminya, anak muda itu mendengarkan penuh minat.

"Nah, begitulah" kata ibrahim setelah bercerita,

"Engkau sebagai ahli waris orangtua itu, maukah engkau menghalalkan sebutir kurma milik ayahmu yang terlanjur ku makan tanpa izinnya?".

"Bagi saya tidak masalah. Insya ALLAH saya halalkan. Tapi entah dengan saudara-saudara saya yang jumlahnya 11 orang.

Saya tidak berani mengatas nama kan mereka karena mereka mempunyai hak waris sama dengan saya." "Dimana alamat saudara-saudaramu ? biar saya temui mereka
satu persatu." Setelah menerima alamat, ibrahim bin adham pergi menemui.
Biar berjauhan, akhirnya selesai juga. Semua setuju menghalakan sebutir kurma milik ayah mereka yang termakan oleh ibrahim.

4 bulan kemudian, Ibrahim bin adham sudah berada dibawah kubah Sakhra.

Tiba tiba ia mendengar dua malaikat yang dulu terdengar lagi bercakap cakap. "Itulah ibrahim bin adham yang doanya tertolak gara gara makan sebutir kurma milik orang lain." "O, tidak.., sekarang doanya sudah makbul lagi, ia telah mendapat penghalalan dari ahli waris pemilik kurma itu. Diri dan jiwa Ibrahim kini telah bersih kembali dari kotoran sebutir kurma yang haram karena masih milik orang lain. Sekarang ia sudah bebas."

"Apabila anda mempunyai teman atau saudara yang anda sayangi forward-lah kisah ini.
Oleh sebab itu berhati-hatilah dgn makanan yg masuk ke tubuh kita, sudah halal-kah? lebih baik tinggalkan bila ragu-ragu... "

Pada hadits yang lain beliau bersabda; ‘Siapa yang merampas hak orang Islam dengan sumpahnya, maka Allah mewajibkan dia masuk neraka dan mengharamkannya masuk surga.. Seorang laki-laki bertanya, walaupun sedikit ya Rasulullah? Nabi menjawab, walaupun sebatang kayu sugi.’ (Riwayat Muslim).

-BerPesaN-pesaN SesaMa InSaN-

Sunday, August 16, 2009

kuliah syeikh nuruddin






salaam....lme gak da x berblog..alhamdulilah pda waktu skang yang ak pown ngah tanam anggur kat umah sempat gak pergi majlis tafaqquh fi ddin oleh syeikhuna al fadhil assheikh nurruddin marbu al banjari al makki kat masjid negara kuala lumpur..seorang ulama' muda yang tersohor pada zaman nie..entum mesti knal sheikh nie..beliau brgerak aktif dlm memberi kuliah di indonesia iaitu tmpat tinggalnya, malaysia dan mesir, kaherah.bak kte plajar mesir,semua plaja malaysia di mesir merupakan anak murid beliau..subhanallah smoga allah memberi kudrat dan iradat kepada beliau dalam mengembangkan syiar islam..berbalik kepada kuliah beliau ..bnykla info2 dan input yg penting yg beliau smpikan kepada hadirin...wlpn kuliahnya ditangguhkan slps isya' namun para penuntut ilmu tidak lekang untuk menunggu kehadiran beliau..yang difahamkan bru je memberi kuliah di negeri utara..lpas nie nk ke negeri sembilan pula..hebat btul ..payah kite nk cari ulama; spt ini yang tidak jemu untuk mencurahkan ilmunya...
so,diantara khulasoh kuliah beliau daptla ana amik beberapa intipati yg penting:
1)bersihkan diri kite drpd segala jenis dan bentuk kemaksiatan untuk menyambut kedatangan bulan umat islam...ramadhan kareem..
2)meningkatkan lg ibadah kite..kerana pahala melakukan sebarang ibadah adlah lebih besar drpd blan biasa
3)sabda rasullah yg mafhumnya pada awal puasa merupakan rahmat ,pertengahannya merupakan keampunan dan pada akhirnya merupakan kebebasan kite drpd api neraka
4)nie yg penting nie....kite skang diwar-warkan dengan flu babi(selsema babi influenza h1n1) namun ape yg membimbangkan dan perlu diambil PERHATIAN SERIUS IALAH FLU MAKSIAT YANG BERLULUASA SKANG...
4)itu yng perlu kite bimbang dan risau kerena dengan sebab flu maksiat ini turunya wabak dan bencana drpd ALLAhl...nauzubillah min zallik..

itu serba sedikit yg ku dapat coretkan hehe...

moga kite ambil iktibar...

Monday, August 10, 2009

macam2 prgai manusia sekarang


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Baru-baru ini dunia telah digemparkan dengan tawaran yang amat tinggi oleh pengurus Manchester City, Mark Hughes terhadap perancang AC Milan, Kaka.Tawaran City untuk Kaka dilaporkan bernilai 108 juta pound, lebih daripada 60 juta pound rekod dunia yang dicatatkan oleh Real Madrid kepada Juventus untuk mendapatkan khidmat Zinedine Zidane. Malah, City juga sanggup memberikan 500,000 pound seminggu untuk Kaka. (namun gagal)

Namun PERSOALANNYA IALAH BAGAIMANA MEREKA (Mark Hughes dan pemilik City, Syeikh Mansour bin Zayed Al Nahyan) MASIH MAMPU MELETAKKAN HARGA YANG AMAT TINGGI UNTUK MEMBELI KAKA, SEDANGKAN EKONOMI DUNIA KINI SEDANG MENGALAMI KEMEROSOTAN? ADAKAH MEMBELI MANUSIA YANG SEPERTI KAKA INI LEBIH BERNILAI DARIPADA MENYELAMATKAN MANUSIA TERUTAMANYA RAKYAT PALESTIN? (sedangkan pemilik City ini orang Islam)

Berapa harga diri kita sebenarnya? Jika kita melihat manusia yang berbakat dan hebat seperti Kaka dan Robinho, harga dirinya amatlah tinggi. Sebaliknya, jika kita melihat hamba Allah seperti pelacur, GRO dan sebagainya yang sanggup menjualkan tubuh badan mereka, harga diri mereka rendah. Sebenarnya, harga diri kita 'priceless' di antara kita sebagai manusia kerana kita semua adalah sama dan tiada bezanya, namun kitalah yang menentukan harga diri kita. Sebagai contohnya, harga sebiji epal yang elok berbeza harganya dengan 100 biji epal yang elok. Sebaliknya, di hadapan Tuhan yang Maha Esa itu, kita hanyalah sekadar hamba hina yang sentiasa alpa dan lalai kepada-NYA.(manusia=al-insan=an-nas=amnesia=pelupa)



Namun, manusia kini ber'tuhan'kan wang, ber'iman'kan kuasa, dan tergelincir serta menjadi golongan yang sanggup mencampakkan harga dirinya ke lembah yang hina, mengutamakan wang dan kuasa dalam isi hati mereka. Memang patut surah Al-Fatihah menjadi surah yang wajib dibaca dalam solat (paling minimum kita baca sehari ialah 17 kali). Pendek tetapi bernas dan sungguh padat. Surah yang sepatutnya menjadi tazkirah (peringatan) dan doa yang secara tidak langsung kepada diri kita yang pelupa.

Adakah duit menjadi ukuran dan kuasa menjadi rebutan? Sedangkan Khalifah Umar Abdul Aziz teramat sedih apabila beliau dilantik menjadi khalifah pada zaman Umaiyyah, mengapa kita menjadi gila pangkat (GIPANG)? Sedangkan Abdul Rahman bin Auf yang merupakan jutawan yang amat kaya-raya itu sanggup mendermakan keseluruhan hartanya untuk Islam, mengapa kita menjadi tamak ringgit (TARING)? Tamak akan kuasa dan gila pangkat, adalah tanda-tanda kiamat nak dekat.

Wednesday, July 29, 2009

alhamdulilah...........maahad ahmadi didalam memoriku
















syukur alhamdulilah...ak pnjtkan kesyukuran kepada allah.namun ak ini merupakan insan yang hina lg dina..faqir lg miskin ilmu..tanggal26 jul1009.alhamdulilah wlpn terpaksa meninggalkan bumi maahad yang terkenal dengan bumi tarbiah yang penuh dengan seribu satu pengalaman,memori dan yang penting keberkatan para asatizah yang tekun lagi gigih bagi memartabatkan golongan ulama' yang berkaliber bkan sahaja mantop dari segi pentarbiahan agamanya tetapi menguasai bidang akademik yang kita lihat sekarang umat islam begitu tandus serta mundur didalam bidang ini..sabda rasullah yang mafhumnya tuntutlah ilmu walaupun di negeri cina....