Friday, September 30, 2011

berkampung di jeddah

salam.alhamdulilah ketika kalam ini ditulis aku masih lagi bekebun di teratak lapangan terbang king abdul aziz jeddah.Kawasan transit tidaklah terlalu besar namun mungkin cukup rasanya.tetapi,transit selama 15 jam memang mencabar sedikit disebabkan tiada kemudahan hotel.Alhamdulillah,walaupun keseorangan pada awalnya tetapi dipertemukan dengan 2 orang pelajar sabah yang kebetulan flight sama. Hati sudah girang mahu pulang ke ardu kinanah ,meneruskan tugas sebagai seorang azhari.Pengalaman yang telah ditempuh semasa di Malaysia akan ku genggam sebagai peringatan buat diri ini. akan ku sisipkan ayat al-quran: وَمَا كَانَ الْمُؤْمِنُونَ لِيَنفِرُواْ كَآفَّةً فَلَوْلاَ نَفَرَ مِن كُلِّ فِرْقَةٍ مِّنْهُمْ طَآئِفَةٌ لِّيَتَفَقَّهُواْ فِي الدِّينِ وَلِيُنذِرُواْ قَوْمَهُمْ إِذَا رَجَعُواْ إِلَيْهِمْ لَعَلَّهُمْ يَحْذَرُونَ [التوبة : 122] Dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang); oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam agama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah)

Friday, September 16, 2011

AURA BARU

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته..... Salam kepada semua.Moga-moga di keberkatan syawal ini memberi sejuta kerahmatan dan maghfirah daripada Allah S.W.T.Sudah lama saya tidak berupdate blog ini.mungkin sudah dianggap berhabuk bak kata orang.kerana berbulan2 sudah tidak menulis dipena maya ini.Namun bila difikirkan ada baiknya kita menulis.Dengan menulis secara tidak langsung dapat mengasah bakat kita yang dah lama ditinggalkan. Alhamdulilah,di musim cuti atau ajazah soifiyah ini saya berada di negara yang tercinta Malaysia.tidak silap saya flight smasa saya pulang ke Malaysia pada 22 julai dan hari ini sudah 16 julai 2011.hampir dua bulan saya diri ini bertapak di bumi malaysia.Banyak pengalaman yang tidak dinafikan mengajar diriku ini yang lemah dalam meniti perjuangan seorang Azhari.Banyak istifadah yang dapat saya simpulkan semasa disini lebih2 lagi pada bulan ramadan al-mubarak.Alhamdulilah Allah memberi peluang saya untuk berkhidmat di surau Taman Sepakat.insyallah kalau ada kesempatan akan saya postkan gambarnya.Suasana berterawikh,tadarus Al-quran ,majlis ilmu,berselawat dan takbir raya mewarnai bulan ramadan dan syawal. Mungkin satu anugerah yang Allah berikan kepadaku untuk meninjau suasana Malaysia dan ranjau-ranjaunya bagi memperlihatkan tanggungjawab yang mengunung selepas pulang dari Mesir nanti. Dikesempatan ini juga mungkin tidak terlambat untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitir ,Maaf zahir Batin .minal aa3idin walfaaizin.Kullu ameen waantum bakhier.Taqaballah minna waminkum wa solihi a3mal kepada semua terutama family yang tercinta dan sesiapa yang mengenali diriku ini.
ala-ala maghribi
my family with mak lang