Friday, June 5, 2009

29 pelajar lepasan spm dan stam tajaan amanah raya ke mesir

KUALA LUMPUR: “Belajar bersungguh-sungguh dan pulang dengan segulung ijazah serta tidak lupa terhadap pihak yang membiayai pembelajaran di universiti berkenaan,” demikian nasihat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom kepada sekumpulan pelajar yang bakal melanjutkan pengajian di Universiti Al-Azhar, Mesir, semalam.

Seramai 29 pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dihantar bagi mendalami bidang khusus yang istimewa di universiti tersohor di Timur Tengah itu.

Jamil Khir berkata, walaupun pelajar itu boleh menyertai bidang lain, mereka memilih bidang perbankan Islam yang memerlukan pakar bagi menampung keperluan negara pada masa depan.

“Mereka adalah kumpulan kedua pelajar cemerlang yang dihantar di universiti berkenaan bagi mendalami ilmu perbankan Islam yang diwujudkan hanya untuk penuntut Malaysia.

“Malah, apabila tamat tempoh pengajian setahun bagi intensif bahasa Inggeris dan Arab serta empat tahun kewangan dan perbankan Islam, mereka akan pulang dengan Ijazah Sarjana Pengajian Sosial Sains Islam,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Menandatangani Perjanjian Pembiayaan Biasiswa Universiti Al-Azhar antara Amanah Raya Bhd (ARB) dan Yayasan Taqwa (Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan) dan Penyerahan Sijil Tawaran Biasiswa ARB YT MAIWP kepada 29 pelajar di sini, semalam.

Turut hadir, Pengerusi ARB, Datuk Dusuki Ahmad; Setiausaha MAIWP merangkap Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Taqwa, Datuk Che Mat Che Ali; Pengarah Urusan Kumpulan ARB, Datuk Ahmad Rodzi Pawanteh dan Pengurus Besar Yayasan Taqwa, Mohd Ayob Ibrahim.

Melalui perjanjian itu, ARB dan Yayasan Taqwa, masing-masing akan membiayai 14 dan 15 penuntut cemerlang Malaysia melanjutkan pelajaran dalam bidang perbankan Islam di Universiti Al-Azhar.

Kumpulan pelajar lulusan SPM dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) berkenaan dijangka memulakan sesi pengajian lima tahun itu September depan.

p/s kuar dlam metro tp gamba2 nye akan ku upload kemudian...

Tuesday, June 2, 2009

sekolahku johan maskan 2009


28 Mei - Maahad Ahmadi : MAAHAD Ahmadi berjaya merangkul juara keseluruhan dalam Majlis Sukan dan Kebajikan Sekolah Menengah Agama Negeri Sembilan kali ke 18. Maahad Ahmadi juga berjaya merangkul juara bahagian Sukan dan johan bahagian Ilmiah yang diadakan bermula 21 April lalu.

maskan pada tahun ini disertai oleh pelajar dari sekolah menengah agama sains selaru,maahad ahamdi,institut tahfiz al-quran dan maahad as sa'diyah.majlis ini telah berlangsung lebih kurang seminggu bermula pada hari isnin dengan acara permainan,hari rabu olahraga dan seterusnya pada hari khamis acara ilmiah serta majlis penutup.dan maskan ini merupakan kesinambungan selepas 2 taun maskan tidak dilakukan.dan ini merupakan kali pertama maskan diadakan dengan penyertaan 4 buah sekolah.walaupun x meriah tetapi pencapaian maahad memang dibanggakan.sapa x kenal maahad ahmadi pasti menggondol johan keseluruhan..