Saturday, May 2, 2009

pebende jihad 2..?

Tahu, Mahu dan Jihad
www.iluvislam.com
oleh : ibnulatef
editor : ibnulatef



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini





Manusia ditaklifkan dengan untuk tiga perkara. Menjadi a'bid iaitu hamba, daei' iaitu pendakwah dan menjadi khalifah iaitu penjaga alam ini.

Hampir semua orang tahu perkara ini. Sebahagian dari mereka mahu untuk menjalankan tugas-tugas tersebut. Tetapi hanya segelintir sahaja yang bermujahadah (jihad) untuk melakukannya.

Kita tahu dosa itu tidak bagus. Kita mahu untuk menghindari dosa. Tetapi sejauh manakah kita bermujahadah untuk menghindari dari dosa? Sengaja persoalan tersebut ditinggalkan untuk difikirkan.

Banyak manusia tahu qiamullail itu baik. Ramai juga mahu melakukannya. Tapi mengapakah kita susah sangat untuk bangun qiamullail.

Kita tahu solat jemaah itu dapat 27 kali ganda. Kita juga mahu mengutip sebanyak pahala untuk bekalan kita di hari akhirat. Tetapi, mujahadah untuk ke masjid? Sangat-sangatlah kurang.

Kita tahu dakwah itu wajib atas umat Islam. Kita mahu untuk berdakwah. Tetapi mengapakah kita susah sangat untuk bermujahadah untuk berdakwah?

Wahai sahabatku, tahu tanpa amal, bagaikan pokok yang tiada buah. Amal tanpa jihad sia-sia. Pentingnya jihad bukan di medan perang sahaja, tetapi di medan nafsu dirimu juga.

Kekuatan umat Islam bukan hanya terletak pada ketinggian ilmu, keazaman yang tinggi, tetapi semangat mujahadah yang tinggi juga.

Tapi mengapalah jihad menjadi perkataan yang sensitif??

mengapa mesti belia??????????

PESEDIAAN MENGHADAPI CABARAN UMAT ISLAM MENURUT Al-USTAZ FATHI YAKAN


Belia merupakan aset terpenting dalam persiapan untuk menghadapi segala cabaran umat Islam. Golongan muda dianggap sebagai nadi atau ayam tambatan bagi merealisasikan kea rah suatu perubahan yang lebih baik.

Persoalannya di sini, mengapa mesti belia? Kenapa pergantungan sentiasa kepada belia?

Kebergantungan kita kepada pemuda tidaklah bermaksud kita memperlekehkan golongan dewasa dan orang-orang tua. Kita tidak seperti fahaman komunisme yang menghapuskan golongan tua yang dianggap sebagai beban negara. Sebaliknya agama kita menuntut agar kita menghormati yang lebih tua dan mengasihi yang lebih muda.

Perlu difahami di sini bahawa tugas-tugas perubahan bukanlah sesuatu yang mudah. Apabila skop tugas-tugas ini difokuskan kepada belia-belia maka ia adalah sesuai dan selaras dengan kemampuan dan tugas meraka. Golongan ini bercita-cita tinggi, berdarah gemuruh serta mempunyai idealisme yang luas. Dalam usia begini mereka perlu memberi pengorbanan dan menabur jasa.

Dalam perkiraan Islam mempunyai tanggungjawab dan nilai yang khussus dan kerana itu Rasulullah s.a.w menekankan supaya belia merasai demikian melalui sabdanya, bermaksud :

“Ambillah peluang lima perkara sebelum dating lima perkara :- usia muda kamu sebelum tua, masa sihat sebelum sakit, harta kekayaan kamu sebelum papa, masa hidup kamu sebelum mati dan masa kosong kamu sebelum sibuk.”

Masalah belia pada masa ini.

Sesungguhnya masyarakat manusia hari ini penuh sesak dengan pemuda-pemuda tetapi pemuda-pemuda ini hanyalah kosong, hanyut dan terbiar. Ramai dalam kalangan pemuda yang tidak memiliki peribadi dan akhlak yang baik. Tanpa disedari, mereka dijadikan tentera oleh kuasa-kuasa jahat dan zalim untuk memusnahkan sesuatu bangsa dan agama.

Akan tetapi, keberkatan akan datang bersama belia yang bercita-cita tinggi dengan berpegang teguh kepada prinsip-prinsip Islam iaitu yang berkehendakan kepada generasi Islam yang tulin.

Kenapa perlunya persiapan belia Islam? Apakah matlamat utama dari persediaan belia Islam ini?

  • Adakah matlamat sekadar memelihara dirinya dari kecundang oleh hawa nafsu dan dorongan firnah, atau setakat supaya dia menunaikan fardhu-fardhu wajib yang ditaklifkan oleh Allah dan meninggalkan segala larangan Allah? Adakah itu sudah mencukupi?
  • Atau adakah matlamatnya untuk membekalkan mereka dengan pengetahuan Islam yang cukup sehingga membolehkan mereka menulis dan bercakap sahaja?
  • Dan adakah matlamatnya hanya untuk menjalankan amal-amal kebajikan seperti memberimakan kepada yang miskin dan bersimpati dengan mereka yang menderita sahaja?
  • Atau mempersiapkan belia Islam agar boleh menjalankan dakwah Islamiyah sekadar melepaskan batuk di tangga?
  • Atau hanya memastikan mereka berada dalam suatu organisasi belia Islam tanpa mengambil kira sama ada mereka akan menjadi da’i atau penuntun semata-mata.

Realitinya, Islam berada jauh dari memegang teraju pimpinan. Sebenarnya, matlamat utama persiapan pemuda-pemuda Islam hari ini adalah untuk melaksanakan matlamat ‘Qawwamah’ (penguasaan) Islam terhadap masyarakat dan dunia. Para pemuda perlu bertindak bagi mengubah pimpinan umat dari tangan jahiliah ke tangan Islam. Menukarkan pemikiran, perundangan, dan akhlak jahiliah kepada pemikiran, perundangan dan akhlak Islam.

Ini bermakna bahawa peranan belia Islam ialah melakukan “perubahan” dan bukannya menempel atau memperbaiki, dan inilah yang sewajibnya berlaku.

Islam manhaj (method) perubahan

Satu daripada ciri-ciri Islam ialah bersifat “merubah”. Ia menolak cara menempel atau memperbaiki. Ia tidak rela dengan penyelesaian separuh-separuh atau sesuku-sesuku. Firman Allah s.w.t, bermaksud :

“dan perangilah mereka itu sehingga tidak ada fitnah lagi dan jadilah agama itu bagi Allah kesemuanya.” (al-Baqarah : 193)

Manhaj Rasul adalah perubahan

Manhaj Rasulullah s.a.w dalam menghadapi jahiliah adalah bersifat ‘taghyir’ (merubah). Tatkala orang-orang Quraisy menemuinya untuk berkompromi supaya Rasulullah menyembah tuhan mereka selama sebulan dan sebagi balasan mereka akan menyembah Tuhan Muhammad pula selama sebulan yang lain.

Al-Quran secara tegas menurunkan ayat, bermaksud :

“katakanlah : wahai orang-orang kafir! Aku tidak akan sembah apayang kamu sembah. Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku sembah. Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah dan aku tidak pernah (pula) menjadi penyembah apa yang aku sembah. Kamu dengan agamamu, dan aku dengan agamaku.”

(al-Kafirun : 1-6)

Persediaan Belia Islam

Pertama, hendaklah persediaan yang sempurna dan menyempurnakan agar merangkumi kesemua sudut seperti pemikiran, kejiwaan, pergerakan dan sebagainya. Syakhsiyah Islamiyah yang sempurna mampu bertahan menghadapi cabaran berterusan untuk mencapai matlamat.

Kedua, adalah persediaan yang seimbang. Menitikberatkan setiap sudut dengan kadar yang sepatutnya, bukan berlebih-lebihan atau berkurangan.

Ketiga, persediaan hendaklah praktikal dan bukan sekadar teori sahaja. Tetapi bergantung kepada uslub dan methode ‘tatbiqi’ (amali) dalam usaha pembentukan (takwin) dan persediaan. Juga untuk mewujudkan contoh baik yang bergerak.

Ini bererti persediaan ini ialah melalui halakh dan amal, bukan melalui ‘maui’zah’ (nasihat) dan pelajaran. Ia dapat membantu mewujudkan syakhsiyah yang mantap, yang tidak kabur atau pincang, tidak pula ekstrim dan tidak juga tarakhus (memudah-mudahkan) atau terlalu bertolak ansur.

Bentuk manhaj bagi persediaan belia Islam

Ia mengandungi tiga perkara pokok iaitu persediaan dari segi pemikiran, kejiwaan dan haraki (pergerakan).

i) Persediaan dari segi pemikiran.

Membentuk belia yang mempunyai aqliyah Islamiyah (berfikir secara Islam).

Terdapat dua jenis ‘thaqfah’ (pengetahuan) iaitu pengetahuan Islam dan pengetahuan umum.

Pengetahuan Islam perlu dipelajari dari al-Quran dan tafsirnya, as-Sunnah dan ulumnya, as-Sirah an-Nabawiyah, kehidupan para sahabat, fiqh dan usul fiqh, ilmu Aqidah, ilmu Tazkiyah dan sistem-sistem Islam. “barangsiapa yang dikehendaki Allah kebaikan padanya dia fahamkan agama kepadanya.”

Pengetahuan umum pula amat perlu bagi membolehkannya mengkritik dan menghadapi mana-mana penyelewengan. Pengetahuan umum perlu dipelajari dari pengetahuan tentang kemanusiaan, sains, realiti dan sejarah. Benarlah sabda Rasulullah s.a.w dalam hadis bermaksud : ‘ sesiapa yang mempelajari bahasa sesuatu kaum itu ia aman dari tipuan mereka.’

ii) Persediaan dari segi kejiwaan.

Pembentukan kejiwaan secara Islam bagi belia Islam ialah kejiwaan yang menggunakan naluri dan kecenderungan mengikut hokum syara’. Kejiwaan yang mendapatkan fatwa Islam dan berpegang teguh dengan fatwa itu. Maka ia tidak akan dikuasai oleh nafsu atau dipimpin oleh syahwat dan kepentingan semata-mata.

Rasulullah s.a.w telah menunjukkan bagaimana cara menjaga atau mengambil berat tentang hati iaitu zikrullah, bergantung dengan kitab Allah, dan muraqabah (kawalan) Allah yang boleh memelihara pemuda Islam dari tergelincir dan fitnah serta hati mereka mendapat petunjuk Allah s.w.t dan bukannya dipandu oleh hawa nafsu.

iii) Persediaan dari segi haraki (pergerakan).

Melatih mereka agar mentaati dan beribadat kepada Allah s. w.t iaitu solat berjemaah, puasa bersama, haji bersama, hadiri majlis-majlis ilmu, zikir, ikuti sunah dan perkukuhkan hubungan dengan kitab Allah dari segi bacaan, hafalan dan tafsiran.

Melatih mereka dalam soal tanzim (organisasi) termasuk perencanaan, pentadbiran, kepimpinan dan segala tanggungjawab (masuliah).

Melatih mereka menanggung kesusahan, menemui kepayahan dan menghadapi bahaya untuk memperkuatkan kecekalan mereka, kesabaran dan mengkentalkan kemahuan mereka.

Belia perlu terlibat dengan Jamaah Islamiyyah, Harakah dan NGO-NGO Islam yang aktif. Berilah segenap pemikiran dan tumpuan agar kebangkitan Islam berlaku di mana sahaja mereka berada. Belia perlu terlibat sejak usia remaja lagi.