Friday, August 13, 2010

ramadhan yang ku tunggu

alhamdulilah ku ucapkan kepada rabbul izzati kerana menemukan daku di bulan ramadhan al-mubarak.Bulan yang mana ditunggu2 oleh para pencintanya.semoga aku tergolong dalam kalanganya.
alhamdulilah..ramadhan kali ini disambut diperantauan tanpa keluarga disisi.namun mengajarku erti pengorbanan dan berdikari.ya allah hambamu ini perlu kepada rahmat dan hidayatmu dalam menjadi muslim yang sejati yang mengenali hakikatmu....
bercerita tentang ramadhan ini..seseungguhya ia membawa kita kepada madarasah tarbiyah ruhiyyah dan badaniyyah.

terdapat banyak ayat-ayat al-quran serta hadis rasulullah yang menceritakan tentang kehebatan dan rahsia ramadhan ini...
antaranya

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُون }

mafhumya:wahai orang-orang yang beriman difardukan keatas kamu puasa sebagaimana difardukan keatas orang-orang yang sebelum daripadamu agar kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa.

daripada ayat al-quran ini membawa maksud yang sangat mendalam dari sudut pensyariatan puasa itu sendiri.sesungguhya madarasah ramadhan ini akan membentuk syakhsiah yang bertaqwa .

sabda rasulullah s.a.w.

في الصحيحين من حديث أبي هريرة أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: من صام رمضان إيمانا ً واحتساباً غفر له ما تقدم من ذنبه

daripada abu hurairah radiallahu 3anhu,sesungguhnya rasullah s.a.w bersabda :barangsiapa yang berpuasa ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu

alangkah hebatnya bulan ramadhan ini!!!!adakah kita tidak mahu diampunkan dosa-dosa kita yang terlalu banyak ini..?

sabda rasulullah s.a.w juga:

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم للصائم فرحتان يفرحهما اذا افطر فرح بفطره واذا لقى ربه فرح بصومه صدق رسول الله صلى الله عليه وسلم

bagi orang-orang yang berpuasa itu dua kegembiraan :apabila dia berbuka dia bergembira dan ketika dia bertemu dengan Allah, dia gembira dengan puasanya



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


ya allah...begitu hebatnya ganjaran yang allah berikan kepada orang-orang yang berpuasa.namun yang paling kita impikan ialah apabila kita bertemu dengan ALLAH, kita bergembira dengan puasa kita.ambillah peluang yang diberikan oleh kita..seperti sabda rasullah:

عن ابن عباس رضي الله عنهما أن الرسول صلى الله عليه وسلم قال لرجل وهو يعظه :

إغتنم خمسا قبل خمس

1 - شبـــــــــــــــــابك قبل هـــــــــرمك

2 - وصحتــــــــــــك قبل سقمــــــــك

3 - وغنــــــــــــاك قبل فقـــــــــــرك

4 - وفراغـــــــك قبل شغلـــــــــلك

5 - وحياتــــــــك قبل موتــــــــــــــك


daripada ibnu abbas radiallahun 3anhuma ,sesungguhnya rasullah s.a.w bersabda kepada seorang lelaki untuk menasihatinya:rebutlah 5 perkara sebelum datang lima perkara:

1.masa mudamu sebelum kamu tua
2.masa sihatmu sebelum kamu sakit
3.masa kayamu sebelum kamu menjadi fakir
4.masa terluangmu sebelum kamu menjadi sibuk
5.masa hidupmu sebelum datang kematian

insyallah semoga kita memanfaatkan ramdhan pada kali ini...
memetik kata fadilah assyeikh yusuf al-qaradawi:
اجعل شهر رمضان شهر القرآن و شهر الصبر و شهر الأدب وشهر القيام

jadikan bulan ramdhan ini bulan al-quran ,bulan kesabaran ,bulan adab dan bulan yang mana dihidupkan malamnya dengan qiamulail...


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


pertingkatkan amalan kita dibulan yang diberikan ganjaran yang berlipat ganda...hidupkan malam kita dengan qiamulail...semoga kita dikurniakan lailatu qadr..
bersihkan hatimu dengan memperbanyakkan bacaan al-quran..sucikan mulutmu dengan berzikir..penuhi dirimu dengan sifat sabar dan ikhlas..smoga ramadhan kita ini menjadi medan pengislahan dan penambah baikan diri kita ini insyallah.

tidak terlupa kepada keluargaku moga2 kita memanfaatkan ramadhan ini dengan sebaik yang mungkin...

nasr city,cairo
3 ramadhan..



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

No comments:

Post a Comment