Friday, September 30, 2011
berkampung di jeddah
salam.alhamdulilah ketika kalam ini ditulis aku masih lagi bekebun di teratak lapangan terbang king abdul aziz jeddah.Kawasan transit tidaklah terlalu besar namun mungkin cukup rasanya.tetapi,transit selama 15 jam memang mencabar sedikit disebabkan tiada kemudahan hotel.Alhamdulillah,walaupun keseorangan pada awalnya tetapi dipertemukan dengan 2 orang pelajar sabah yang kebetulan flight sama.
Hati sudah girang mahu pulang ke ardu kinanah ,meneruskan tugas sebagai seorang azhari.Pengalaman yang telah ditempuh semasa di Malaysia akan ku genggam sebagai peringatan buat diri ini.
akan ku sisipkan ayat al-quran:
وَمَا كَانَ الْمُؤْمِنُونَ لِيَنفِرُواْ كَآفَّةً فَلَوْلاَ نَفَرَ مِن كُلِّ فِرْقَةٍ مِّنْهُمْ طَآئِفَةٌ لِّيَتَفَقَّهُواْ فِي الدِّينِ وَلِيُنذِرُواْ قَوْمَهُمْ إِذَا رَجَعُواْ إِلَيْهِمْ لَعَلَّهُمْ يَحْذَرُونَ [التوبة : 122]
Dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang); oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam agama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah)
Subscribe to:
Posts (Atom)